Ku mohon kemaafan dari mu
Ku telah buat diri mu terluka
Ku tiada jalan lain selain
Ku memendamkan perasaan ku
Memang aku melakukan kesilapan
Aku meminta kita memutuskan hubungan
Tetapi kau telah buat ku gelisah
Kerana kau sentiasa tidak ceria
Bila ku menyesalkan dengan diriku
Kau mencari haluan lain
Kau ungkap kan kata-kata yang
Tidak pernah terlintas di fikiran ku
Tidak sangka kau sanggup melakukannya
Itu sudah pilihan mu
Aku hanya terima
Dengan keadaan memaksa
Hari demi hari berlalu
Kau pula yang rasa bersalah
Hendak mohon maaf pada diriku
Kau tidak melakukan kesalahan
Ah.. Apa aku pedulik
Aku tidak kisah
Apa keputusan yang kau lakukan pun
Aku tidak ambil tahu
Yang kau patut tahu
Kau sudah terlambat
Kau sudah terlewat
Kau sudah ketinggalan
Selepas ku dengar kata ‘tak nak’
Aku terus mengambil keputusan
Untuk menjauhkan diriku dari mu
Bukan ku suka untuk tinggalkan
Sekolah ini juga lah tempat ku
Menerima ilmu, menerima pengajaran
Mendapat pengetahuan,
Mengenali kawan-kawan ku
Tetapi …,
Aku terpaksa tinggalkan nya
Bukan dengan kehendak ku
Aku Cuma nak menghilang
Kebingungan, kepahitan,
Keseksaan dan kegelapan
Yang hadir pada diri ku
Sebenarnya, begitu sukar
Untuk melupakan dirimu
Untuk melepaskan dirimu
Untuk meninggalkan dirimu
Kerna aku tahu
Aku masih sayang kan dirimu
Aku masih cinta kan dirimu
Aku masih menyukai dirimu
Tetapi, hati ku sangat luka
Yang tidak boleh di ubati
Rasa sangat kecewa
Rasa sangat sakit
Sakit di tangan boleh diubati
Sakit dihati tiada siapa yang
Boleh mengubatinya
Jika kau ingin aku kembali
Hanya tinggal satu jalan
Yang mungkin boleh ceria
Iaitu tunjukkan aku bukti yang kukuh
**PERHATIAN***puisi ini hak milik Ain Izzatti.. tiada copy paste..dan..tidak dibenarkan copy paste..HARAP MAKLOM..*
0 ulasan:
Catat Ulasan