29-Disember-2oo8 bersamaan 1 Muharam 143o Hijrah
ain nk ungkapkan
Tahun 1430 Hijrah
dan..
ain hope dpt menjalani kehidupan dgn lbih tenang...
Dicatat oleh Ain Izzatti di 9:22:00 PG 1 ulasan
Dicatat oleh Ain Izzatti di 11:45:00 PTG 0 ulasan
Dicatat oleh Ain Izzatti di 7:45:00 PTG 0 ulasan
Dicatat oleh Ain Izzatti di 6:44:00 PTG 0 ulasan
Kepulangan ibubapa ku pada petang itu
mendatangkan rasa gembira di hati.
Namun bila melihat raut wajah ibu ku,
ku rasa resah dan gelisah...
Rupanya ... telah ditentukan ...
3o Disember 2oo8 adalah
tarikh keramat dan sejarah buat diri ku...
Membuatkan aku rasa lagi resah
dan gelisah setiap waktu...
Setiap detik yang berlalu membuat
jantung ku berdegup kencang sekali...
Apakah aku akan berjaya...?
Apakah aku akan gagal...?
Apakah keputusan aku...?
Jika aku berjaya,
aku akan ke luar negara...
Ahh... itu semua tidak penting,
yang penting aku cemerlang...
Namun aku tidak yakin,
aku resah dan gelisah,
aku tidak bersedia...
Tetapi hakikatnya...
Keputusan apa sekali pun
yang bakal aku perolehi itu
adalah hasil titik peluk ku sendiri
selama ku berada di Tingkatan tiga..
Walau kita di pandang rendah
kita masih lagi memiliki keluarga
yang akan menyayangi kita sampai mati...
Gagal sekali tidak bermakna selamanya...
Usaha itu tangga kejayaan..
Jangan pernah mengenali erti 'putus asa'...
Hidup hanya sekali...
biar yang lepas takan berulang...
Sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada gunanya...
Jika keputusan kita tidak cemerlang,
usaha lebih gigih lagi untuk masa akan datang...
SPM menentu kejayaan sementara
PMR ini menentu jalan kita...
Rasa resah dan gelisah perasaan yang di kurniakan
mendatangkan rasa tidak yakin pada diri...
Janganlah jadikan ini sebagai penghalang
untuk menjadi seorang yang berjaya...
***Puisi ini baru shaje di reka.. pde pkol 8.40 pm dgn peno prsaan.. huhu***
***Hak Cipta Terpelihara Nurul Ain Izzatti Bt Arijan... Cannot copy paste...***
Dicatat oleh Ain Izzatti di 8:02:00 PTG 1 ulasan
Dicatat oleh Ain Izzatti di 7:52:00 PTG 0 ulasan
Dalam keadaan
Tenang dan gembira…
Aku dan kau
berbual bersama-sama…
Tambahan dengan,
Gelak ketawa…
Tiba-tiba…,
Suasana menjadi sunyi…
Dan… Dalam keterpaksaan,
Aku mengungkapkan
“Kau bukan milik ku”…
Apa yang harus
Kau lakukan?!?!
Aku hanya mengungkapkannya
Tetapi…,
Bukan dengan hati yang ikhlas…
Sebenarnya…,
Aku kecewa…
Hati ku terluka..
Bukan kerna kau…
Tapi… … …
Dicatat oleh Ain Izzatti di 1:32:00 PTG 0 ulasan
Cinta.. Cinta.. Cinta..
Apa gunanya cinta pada waktu muda..??
Untuk menambahkan dosa?
Untuk melalaikan pelajaran dan keimanan?
Untuk menghancurkan diri?
Untuk memusnahkan masa hadapan anda?
Buat apa cinta monyet untuk masa sekarang? Rugi je..
Kalau lah cinta itu boleh sejati dan tidak menimbulkan kemusnahan hidup,
Cintalah selama-lamanya..
Tetapi salah..semuanya tidak sejati..monyet..monyet..monyet..
Lebih baik jadi monyet daripada cinta monyet..
Bukan nak manghalang daripada anda bercinta,
Tetapi ini peringatan sebelum anda bercinta..
Anda telah cinta sepenuhnya kepada diri anda..??
Anda telah cinta sepenuhnya kepada ibu bapa anda..??
Anda telah cinta sepenuhnya akan tuhan anda..??
Anda telah cinta akan suruhan Rasul anda..??
Anda dah sempurna..??
Bagaimana dengan cita-cita anda..??dah tercapai ke..??
Bukan salah bercinta Adam dan Hawa..
Memang Allah berikan perasaan cinta kepada makhluknya..
Tetapi,
Manusia zaman sekarang telah melebihi batasnya..
Melampau..
Berdua-duaan di suatu tempat..
Berpegang tangan antara Adam dan Hawa yang bukan muhrim..
Bercomolot..(bercium mulut)
Membuat pelbagai perkara yang menambahkan dosa anda..
Fikirlah..
Wajarkah anda bercinta sekarang..??
Menerima masa hadapan yang kurang selesa..
Atau Berjaya sambung belajar di University..??
Mendapat kehidupan yang tenang..
Cinta atau belajar..??
Jangan salah tafsirkan makna cinta..
Dicatat oleh Ain Izzatti di 1:30:00 PTG 0 ulasan
Ku mohon kemaafan dari mu
Ku telah buat diri mu terluka
Ku tiada jalan lain selain
Ku memendamkan perasaan ku
Memang aku melakukan kesilapan
Aku meminta kita memutuskan hubungan
Tetapi kau telah buat ku gelisah
Kerana kau sentiasa tidak ceria
Bila ku menyesalkan dengan diriku
Kau mencari haluan lain
Kau ungkap kan kata-kata yang
Tidak pernah terlintas di fikiran ku
Tidak sangka kau sanggup melakukannya
Itu sudah pilihan mu
Aku hanya terima
Dengan keadaan memaksa
Hari demi hari berlalu
Kau pula yang rasa bersalah
Hendak mohon maaf pada diriku
Kau tidak melakukan kesalahan
Ah.. Apa aku pedulik
Aku tidak kisah
Apa keputusan yang kau lakukan pun
Aku tidak ambil tahu
Yang kau patut tahu
Kau sudah terlambat
Kau sudah terlewat
Kau sudah ketinggalan
Selepas ku dengar kata ‘tak nak’
Aku terus mengambil keputusan
Untuk menjauhkan diriku dari mu
Bukan ku suka untuk tinggalkan
Sekolah ini juga lah tempat ku
Menerima ilmu, menerima pengajaran
Mendapat pengetahuan,
Mengenali kawan-kawan ku
Tetapi …,
Aku terpaksa tinggalkan nya
Bukan dengan kehendak ku
Aku Cuma nak menghilang
Kebingungan, kepahitan,
Keseksaan dan kegelapan
Yang hadir pada diri ku
Sebenarnya, begitu sukar
Untuk melupakan dirimu
Untuk melepaskan dirimu
Untuk meninggalkan dirimu
Kerna aku tahu
Aku masih sayang kan dirimu
Aku masih cinta kan dirimu
Aku masih menyukai dirimu
Tetapi, hati ku sangat luka
Yang tidak boleh di ubati
Rasa sangat kecewa
Rasa sangat sakit
Sakit di tangan boleh diubati
Sakit dihati tiada siapa yang
Boleh mengubatinya
Jika kau ingin aku kembali
Hanya tinggal satu jalan
Yang mungkin boleh ceria
Iaitu tunjukkan aku bukti yang kukuh
**PERHATIAN**Dicatat oleh Ain Izzatti di 1:17:00 PTG 0 ulasan
Kehidupan seperti satu permainan
Bila menang ku gembira
Bila kalah ku kecewa
Kehidupan yang penuh aksi
Aku gembira jika bersama mu
Aku kecewa jika dipisahkan darimu
Aku hadir dengan keikhlasan
Aku terpaksa pergi dengan
Jutaan keseksaan dan keperitan…
Patutkah aku menerima segalanya
Mendiamkan diri disudut keceriaan
Melupakan segala kenangan indah
Membiar dirimu pergi dariku
Aku tidak akan pernah
Melupakan dirimu di hatiku
Walau kita dipisahkan
Walau kita tidak dapat bersama
Kau akan ku kenang
Kau akan ku ingat
Seboleh dan sebaiknya
Hubungan kita kekal
Janganlah kau pergi
Aku amat memerlukan dirimu
**PERHATIAN**Dicatat oleh Ain Izzatti di 1:14:00 PTG 0 ulasan
Pernah aku katakan
budak baru itu
akan ku miliki…
Aku ingin mengenali diri mu
dan mendekati diri mu…
Tetapi…,
Tidak kesampaian,
Aku hanya insan biasa
yang tidak boleh menentukan
siapa di samping ku…
Bila masa berlalu,
Kau ingin mengenali diri ku
dan mendekati diri ku…
Aku ada peluang
untuk mengenali diri mu…
Tetapi…,
Aku ada maruah diri
yang diri ku
tidak boleh suka,
Bila dia tidak suka…
Hakikatnya,
Kau memang menyukai diri ku…
Sudah ku katakan,
‘Kau Milik Ku’…
Dicatat oleh Ain Izzatti di 1:12:00 PTG 0 ulasan
Setiap orang ada kelemahannya,
Setiap orang ada kekurangannya,
Setiap orang ada kelebihannya,
Dan setiap orang ada keistimewaannya..
Oleh itu,
Setiap orang ada baik buruknya..
Tak lupa juga,
Setiap orang ada salah silapnya..
Dengan ini,
Ingatlah tiada orang yang sempurna tanpa silap..
Walaupun Allah kurniakan fizikalnya sempurna..
Tetapi..,
Baik buruknya tetap ada dan Allah telah samakan..
Antara bezanya,
Masa musibah itu berlaku padanya..
Janganlah berlagak tanpa silap..
Suatu hari,bakal menjelma silapnya..
Adakah anda sempurna..??
Sempurna secara fizikal..
Tetapi..,
Sempurna tidak bermakna tak ada dosa..
Akhir kata..,
Sentiasalah ampuni orang yang bersalah..
Dicatat oleh Ain Izzatti di 1:11:00 PTG 0 ulasan
Aku tak mahu berjauhan dengan kau
Aku tak mahu kehilangan kau
Aku tak mahu hati kau terluka
Aku tak mahu kehilangan kau
Dan...
Aku tak mahu pergi tanpa kau
Tetapi...
Takdir yang menentukan hubungan antara kita
Aku tak mengerti apa yang terjadi
Baru aku sedar...
Aku pergi meninggalkan mu seorang
Dengan penuh kesedihan
Tetapi...
Adakah kau tahu?
Aku pergi dengan kesedihan
Aku pergi dengan kepahitan
Aku pergi dengan kekecewaan
Aku pergi dengan hati terluka
Dan...
Aku pergi dengan perasaan yang tidak bahagia...
Bila aku pergi bermakna
Aku tidak kembali
Kerna...
Aku kekal pergi untuk selamanya
Aku tidak dapat hidup selama-lamanya
Aku pergi bukan dengan keinginan ku...
Yang aku mahu kau tahu,
Aku mencintai mu
Aku menyayangi mu
Aku merindui mu
Aku mengingati mu
Dan...
Aku dihati mu...
Aku sedih kerana,
Cinta suci ku tak terbalas dengan suci
Aku berasa pahit kerana,
Kenangan pahit bertambah pada dairi ku
Aku kecewa kerana,
Kau tidak mengorbankan apa saja untuk ku
Hati ku terluka kerana,
Aku tidak dapat merasai cintamu
Dan...
Aku pergi dengan tidak bahagia kerana
Aku tidak sempat mengucapkan
“Aku Menyayangimu”
Serta...
Dicatat oleh Ain Izzatti di 1:03:00 PTG 0 ulasan
Dicatat oleh Ain Izzatti di 12:21:00 PTG 0 ulasan
Dicatat oleh Ain Izzatti di 12:04:00 PTG 0 ulasan
1) Setiap kali dia call tapi panggilannya terputus, dia mungkin tidak akan menghubungi kamu kembali.tetapi percayalah,sebenarnya dia masih berada disisi telefon Dan mngharapkan kamu menghubunginya semula sbg bukti kamu belum puas mendengar suaranya..
2) Sekiranya dia memberitahu kamu dia amat rindukan kamu, itu bermakna dia amat mengharapkan kamu berada disisinya kala itu..
3) Dia mungkin akan berkata 'tidak' setiap kali kamu mempelawa utk membelikan hadiah untuknya.tapi jauh disudut hati,dia amat berharap hadiah itu menjadi miliknya..
4) Setiap kali dia merajuk,sebenarnya dia hanya mengharapkan kamu bersungguh-sungguh memujuknya..
5) Perempuan biasanya ingin selalu diberi perhatian..
6) Jangan sesekali melebihkan kawan kamu daripada dirinya!
7) Dia akan cepat berkecil hati sekiranya kamu asyik mempersoalkan fizikalnya.jangan sesekali membuat dia berasa begitu rendah diri apabila berada disisi kamu!
8) Dia mungkin mempunyai ramai lelaki lain dalam hidupnya.dan dia mungkin akan selalu membandingkan kamu dgn mereka.tetapi percayalah,cintanya tak pernah berubah terhadap kamu.dia hanya mahu kamu mengubah sikap buruk kamu kerana sayangkan kamu. namun begitu,itu bukanlah alasan untuk kamu mengambil mudah pada hubungan kamu dgn dia.
9) Sikap ambil beratnya kadang2 merimaskan kamu.percayalah, sekiranya seorang perempuan itu tidak mengambil berat ttg dirimu, dia sebenarnya langsung tidak mempunyai perasaan terhadap kamu!
10) Perempuan lebih suka memikirkan masa depan.oleh itu,kamu harus paham sekiranya dia begitu memilih dan cerewet dalam segala segi.
11) Sekiranya seorang menitiskan air mata kerana kamu,itu bermakna kamu telah benar2 mengguris hatinya!
12) Seorang perempuan mungkin susah menitiskan air mata dihadapan kamu,ini kerana dia tidak mahu kamu tahu betapa hatinya terluka dengan perbuatan kamu..
13) Perempuan paling benci pada janji yg tak ditepati!kalau tidak pasti, tak perlulah memberi pengharapan kepada mereka.
14) Pada hari2 tertentu,dia mungkin akan selalu teringatkan kamu. tambahan lagi di saat2 dia melihat pasangan lain keluar bersama ketika kamu tiada disisinya!
15) Jangan sesekali membiarkan dia dlm masa yg lama.dia mungkin akan berasa tidak diperlukan lagi dalam hidupmu..
*copy paste*
Dicatat oleh Ain Izzatti di 11:52:00 PG 0 ulasan
Dicatat oleh Ain Izzatti di 12:11:00 PG 1 ulasan
Dicatat oleh Ain Izzatti di 11:30:00 PTG 1 ulasan
Dicatat oleh Ain Izzatti di 10:54:00 PTG 0 ulasan
Dicatat oleh Ain Izzatti di 10:45:00 PTG 0 ulasan
Dicatat oleh Ain Izzatti di 10:28:00 PTG 0 ulasan
Dicatat oleh Ain Izzatti di 6:21:00 PTG 0 ulasan
Dicatat oleh Ain Izzatti di 11:39:00 PG 0 ulasan
Dicatat oleh Ain Izzatti di 11:08:00 PG 0 ulasan