BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
kata kata ::
kehidupan ku ini tidak seindah yg anda sangka...
penderitaan, keperitan, kesedihan, kepiluan, kesakitan, kekecewaan,
tidak pernah berada jauh dari ku...
andai kata anda belum mengenali diriku sebenar,
jangan mudah kau membuat persepsi sendiri...

sukar utk saya memaafkan org yg telah memburuk buruk kn saya.
terutama apabila mentaburi fitnah pda saya.
tetapi, saya tak terlalu kejam. saya maafkan org yg meminta maaf.
saya ingat apa yg telah anda lakukan pda saya. dendam sampai matii.
.i am so emotinal.

Isnin, 21 Disember 2009

beringat ingat ! [igt org lain]

assalamua'laikum.w.r.t.
eh, korang semua mesti memiliki cerita yang menarik pada cuti sekolah ini bukan ?
ada yang melancong ke luar negara lagi tu...
ke pulau, pantai, gunung dan sewaktu dengannya...
di sini ain nk kongsi sikit cerita yang membuat ain sebak dan rasa simpati..

kita masih berkemampuan bersyukurlah dengan apa yang ada...
duit lebih tu tidak payah lah digunakan untuk berfoya foya sana sini..
alangkah baik nya kalau kite sedekah kan kepada fakir miskin..
mereka golongan yang teramat memerlukan bantuan kita...
hendaklah kita bekerjasama berganding bahu bantu membantu sesama..

ain selalu terfkir mengapakah kita tidak hidup senang seperti orang lain..?
hah! hakikatnya, masih ada yang lagi susah dari ain...
tidak dapat bayangkan bagaimana sambutan perayaan mereka..
bagaimana perhubungan mereka dgn orang lain...
dengan tubuh badan yang hanya tunggu lemah itu,
masih gagah berusaha membuat kerja utk terus hidup..

ain ada jumpa seorang wanita tua yang duduk seorang diri di rumah..
mencari wang dengan menjual atap hanya 50 sen...
mengapa ini semua perlu terjadi kepada golongan ini...
bukankah itu telah menindas golongan yg memerlukan bantuan?!
titik peluh dengan badan yang mudah letih itu,
tetap usaha utk mendapatkan wang.. sadis sadis~

apa yang terjadi pada hari ini ?
yang telah membuat ain berkata seperti ini ?

ini serba sedikit barang yang dihulurkan kepada yang memerlukan bantuan tersebut..
kita menghulurkan tangan bagi merengankan beban mereka..
pada mulanya ain membantu ibu utk membungkus barang ini..
dengan berbesar hati ain pantas melangkah kaki untuk membantu..
sambil membungkus ain nekad untuk turut bersama dalam mencari golongan yang memerlukan bantuan ini..

ain ditugaskan untuk mendapatkan serba sedikit maklumat keluarga tersebut..
supaya mereka boleh terus menerus mendapatkan bantuan..
soalan demi persoalan ain bertanya, membuat ain rasa kasihan..
mencari rumah golongan ini bukan mudah, bukan di tepi jalan je..
pendalaman sangat sangat sangat.. kalau jalan kaki pun tanak..
sampai saja ain dirumah itu, ain rasa macam nk bagi rumah je kat dia..
apakan daya ain, ain bukan orang kaya pon..huhuhu

temu ramah dengan pakcik ni, sedih tgk rumah ni..
ada anak cacat lagi tu.. isterinya, biasalah sakit orang tua..
tanak la cakap, kesian sangat..

ini bukan rumah tinggalan okay!
ini rumah pakcik ni laa..kesian tak?kesian kan..
rumah macam nak roboh dah..takut..
betul betul ain rasa simpati..

oleh itu, korg jangan la guna kan duit tu berfoya foya..
topup, wayang, shopping, hiburan..memacam lah..
kalau anda juga berbaik hati nak sedekah, tanya ayah ain..
kita boleh sama sama membantu orang perlu bantuan ini..
berulang kali ain mengungkapkan kesian !
kerana terlalu pilu bila melihat keadaan sekeliling...

niat bukan untuk menunjuk nunjuk !
niat untuk mengajak anda turut bersedekah !
kepada yang memerlukan bantuan...

1 ulasan:

Takaful For All berkata...

Bagus laporan ain tentang Aktiviti yang lain dari yanglain, sebenarnya, barang bantuan disedekah dari zakat saudara dan kawan kawan saudara, kita cuma diberi amanah untuk menyampaikan aje. Jadi Ayah programkan supaya program ini dibuat secara keluarga, supaya ada pengajaran dan pendidikan bersama.

Ayah