BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
kata kata ::
kehidupan ku ini tidak seindah yg anda sangka...
penderitaan, keperitan, kesedihan, kepiluan, kesakitan, kekecewaan,
tidak pernah berada jauh dari ku...
andai kata anda belum mengenali diriku sebenar,
jangan mudah kau membuat persepsi sendiri...

sukar utk saya memaafkan org yg telah memburuk buruk kn saya.
terutama apabila mentaburi fitnah pda saya.
tetapi, saya tak terlalu kejam. saya maafkan org yg meminta maaf.
saya ingat apa yg telah anda lakukan pda saya. dendam sampai matii.
.i am so emotinal.

Isnin, 26 Januari 2009

sEkAdAr SuRaT BoDo...

assalamua'laikum.w.r.t
surat bukan sebarang surat... ada makne tersurat dan tersirat...
hayati dan fahamilah dengan penuh terliti dan perasaan...
kerana surat ini akan membuat anda tidak kering gusi...
gelak smpi mcm org giler pon ade...huhuhu...


TaJuK : SuRaT LaWaK GiLeR

Kepada kamo


Dalam kesuraman mentol dapur rumahku menumpahkan cahaya, tiba-tiba aku terkenangkan nostalgia cinta lama kita dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu. Kau juga mengajar aku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, teddy bear, cincin merah, mee rebus, cendul, kotak pensil dan kerusi. Kala itu kita bagai Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Shah Rukh Khan dan Enot yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Pluto itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak cipan dan tapir di Burma. Kau pergi jua ketika Negeri Selangor bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukma 2004.


Sesungguhnya, perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok sawit secara besar-besaran di jalan harapan. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti bumi terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga rubber set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelap-gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap.


Kondominium cinta yang kita bina dari Makgat bersikal dan kipas helicopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mula berubah bila Malaysia mula melancarkan setelit measet – 1 ke ruang angkasa raya.


Sejak itu, kau sering melarikan diri apabila terserempak dengan kumbang-kumbang peliharaan ayahku. Kau juga tidak mempedulikan ayam itik di belakang rumahku. Akhirnya ku menyedari bahawa diri tidak diperlukan lagi.


Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok kelapa untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak cantik, bagai meraikan Hari Raya Cina yang bakal menjelma. Saban hari aku termenung di dalam peti ais mengenangkan dirimu di lubang tandas rumah kawanku. Aku cuba bermain pondol-pondok sambil makan mee hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tidak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor biawak jiran sebelah rumahku sebagai tanda aku tidak bersalah terhadap dirimu.


Mengapa semua ini bisa terjadi? Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 06.08 ekor babun dan 20.08 ekor anak beruk. Dan kini segala harapan hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh menara berkembar pertronas lalu tersangkut di celah Landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi komuter hingga aku hancur berkecai. Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mee segera perasa kari. Aku bukan Mcgyver, McDonal’s, Superman atau kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman dan Kluangman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kemudahan awam di Sungai Kapar Indah. Tak perlulah dikesali lagi kerana nasi telah jadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan kambing.


Walaupun segalanya telah pun berakhir, di sini, di atas pokok kelapa sawit ini akan tetap menunggu kau kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah UPWELL, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan nasyid tidah berpecah, selagi Mila belum berkahwin, selagi Stacy belum dipinang orang, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah dua belas. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Kau nak tak ?



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ain di tagged ;)